Pages

Wednesday, April 8, 2015

KHASIAT ROSELLE

KHASIAT ROSELLE
Pensyarah Kanan Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Dr Hasmah Abdullah, berkata Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. Ia merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat.
Tambah beliau, Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa  pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan.
Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh.
Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:
 Mencegah penyakit kardiovaskular.
Mencegah kanser
Demam panas/selesema.
Resdung (alergi) dan lelah (asma).
Stress/sukar tidur
Melancarkan peredaran darah
Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
Mencegah penyakit jantung
Mengubati pening kepala/migraine
Penerima Roselle dalam masyarakat
Malaysia
Memandangkan kandungan khasiatnya yang sangat tinggi, Roselle telah diterima baik oleh masyarakat di Malaysia. Potensi produk berteraskan Roselle telah membuka peluang yang besar kepada masyarakat setempat untuk mengusahakan tanaman Roselle secara ladang dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan yang lumayan.
Tidak seperti tanaman lain, Roselle tidak memerlukan penjagaan yang sukar kerana ia hanya perlu disiram sekali atau dua kali sehari sahaja. Cara penjagaan yang mudah ini menyebabkan ramai masyarakat termasuk golongan muda giat mengusahakan tanaman herba ini. Selain itu, permintaan pasaran yang sangat tinggi membolehkan tanaman ini menjana pendapatan yang besar kepada pengusahanya.
Produk berasaskan Roselle kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan kini ia telah dijadikan sebagai produk makanan seperti jus, kordial, jem, halwa dan sebagainya.
Menurut Dr Hasmah Abdullah lagi, suatu masa dahulu kira-kira lewat tahun 1990-an masyarakat di Malaysia telah menggunakan Roselle sebagai salah satu herba yang berkhasiat.
Tambah beliau, pada tahun 1995-1999,  Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mempromosikan jus Roselle, halwa dan beberapa produk Roselle yang lain.
Ketika diajukan soalan oleh penulis tentang pandangannya terhadap penerimaan Roselle di Malaysia? Beliau menyatakan bahawa masyarakat tidak berminat untuk memakan buah Roselle secara terus kerana bentuk fizikal buahnya yang sedikit berbulu, masam dan kurang isi.
Walau bagaimanapun, warnanya sangat menarik dan pigmen merahnya kaya dengan antosianin, jadi cara pengambilan Roselle lebih sesuai dalam bentuk jus, halwa, jeruk dan sebagainya.

Selamat Pagi =D